Taklimat Pencegahan Kebakaran
22 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 21 September yang lepas, telah diadakan Taklimat Pencegahan Kebakaran oleh En. Charles Nanapragrasam daripada Persatuan Pencegahan Kebakaran. Taklimat dilakukan di Pusat Internet Semenyih selama 2 jam bermula 3.00 hingga 5.00 petang. Taklimat turut disertai oleh komuniti semenyih & staf Pusat Internet sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Taklimat ini diadakan bagi mewujudkan kesedaran kepada komuniti dan petugas Pusat Internet untuk menangani situasi kebakaran dengan betul.
En. Charles juga turut menerangkan alat seperti pemadam api dan alat pengesan asap merupakan alat yang penting bagi menangani kebakaran dengan lebih awal. Cara menangani kebakaran ketika berlaku di dalam kenderaan, di dalam rumah ataupun di dalam bangunan juga turut diterangkan supaya kemalangan jiwa boleh dielakkan. Taklimat ini sedikit sebanyak telah memberi input penting kepada masyarakat & Petugas Pusat Internet untuk lebih peka dengan aspek keselamatan terutamanya untuk menangani kes kebakaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: